January 16, 2011

::- lilit shawl -::

che ana suke tengok n nak tau lilit shwls .. search punye search , banyak gak che ana tau ...
kat bwh ni che ana amik from many sites nak blog ... nak letak sumer banyak sgtb ,,, letak yg comel2 je la hehe tapi che ana suke tgok shawl kat Butik Qaireen Qaisara's  ...
cantk2 tau ... che ana amik kat situ laa

 Cara Pemakaian Shawl Gypsi Gaya 1

1) Pin kan selendang ke dagu. Pastikan sebelah kanan selendang lebih panjang dari sebelah kiri selendang. 
2) Tarik selendang di sebelah kiri ke sebelah kanan, dan kemudiankan sematkan dengan kerongsang. 
3) Sama seperti di 2, tarik selendang di sebelah kanan ke sebelah kiri, dan kemudian sematkan dengan kerongsang.
4) Bawa sebelah kanan selendang yang panjang liliti ke belakang, dan biarkan longgar hingga membentuk depan ala 'tudung siti'
5) Sematkan kerongsang supaya lebih kemas.
6) Dah siap ♥

Cara Pemakaian Shawl Gipsi Gaya 2..
1) Letakkan shawl di kepala dengan kedudukan sebelah kiri pendek, dan sebelah kanan panjang.
2) Pin kan selendang sebelah kiri ke anak tudung berhampiran telinga.
3) Ambil sebelah kanan yang panjang tadi pusing atau lilit ke belakang. Pastikan depan membentuk tudung 'ala siti' (ada ruang berbentuk U di depan).
4) Sematkan kerongsang agak besar di sebelah kanan .
5) Sematkan pin atau jarum di sebelah kiri supaya shawl lebih kemas
6) Dah siap...senang je kan (^_^) selamat mencuba... ♥

How to wear shawl Bunga..
1. Pin ka selendang, pastikan sebelah kiri lebih panjang dari sebelah kanan selendang.

2. Ambil sebelah kiri tadi lilit ke belakang dari dalam selendang yang ader bunga. Perhatikan gambar no 2.

3. Masukkan sebelah kiri selendang yang telah dililit tadi ke depan.

4. Ambil sebelah kanan selendang yang ader corak bunga, lipat-lipatkan hujungnya.


5. Setelah dilipat-lipatkan hujungnya, pinkan dengan kerongsang.

6. Tarik sebelah kanan selendang yang ada corak bunga ke belakang.

7. dan sematkan kerongsang, supaya nmpak lebih kemas.

8. Dah siap.

Shawl Qaireen Qaisara
1. Pin kan shawl sebelah kiri lebih panjang dari sebelah kanan.
2. Lilit shawl sebelah kiri yang lebih panjang tadi ke belakang.
3. Pin kan ke dagu
4. lipat dan kemaskan sebelah kanan shawl dan tarik sikit ke tgh
5. sematkan brooch hiasan seperti dalam gambar.
6. done..simple tapi cantik ♥




1. Pastikan bahagian shawl berDESIGN dikedudukan lebih panjang berbanding PLAIN.
2. Lilit shawl seperti biasa.
3. Dengan 2lilitan atau mengikut keselesaan anda.
4. Kedudukan shawl adalah seperti begini.
5. Sematkan peniti.
6. Selit bahagian plain shawl ke dalam.

che ana juz nak share dgn sumer .. sharing is caring kan ..
che ana suke tgok lilit2 shawl ni .. yelaa skunk da trend ni kan ...
selamat belajar hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...