November 28, 2010

November 25, 2010

9.40am

errmm pagi ni che ana nye mood nengok kartoon pagi2 uhuhuhhu
sambil tangan gatai ak meng update blog nii ... ai ni tak tau nak watpe ek .. ermm
nengok dulu , si bella tak bgun g .. anis dah bgun duk tgok cartoon ti yg che ana pown nengok cartoon ni hhuu
esok adik che ana , che seha nak g kem mengaji sebulan ..baguilah daripada kat umah men game je online je bek dia g mengaji ..

aii kesian mum and dad kat umah berdua je .. che hafiz tak balik lagi , tian kat adik che ana yg kat kelantan tu , bila dia nak balek .. dah windu kat dye ... uhuhuhu

November 22, 2010

malacca ...

smlm memang nasib malang laa .. kelako pown ada gak ... rasa nak gelak puas2 heheheheh
firstly , errm abah blikan tket nak gerak g mlaka pkul 4.00 dari kluang .. maknnya dlm kul 4.30 bas tu dah sampai air itam .. tggu punye tggu jap g asal lambat sgt ni bas .. dlm 4.45 tetibe bas orchird express berlalu je mcm tu , tak brhnti pown .. gler ape .. ooiii bas ... ooiiii bas .. ko tiggal aq ... bassssssss
OMG abeslaa aq .. dgn tergesa2 aq engt nak kejo laa bas tu tapi punyelaa laju , mcm litar lumbe gaknyee jln tu .. eee menyirap tahap gaban nii .. aq gerak g kaunter tiket bas , g tanye asal la bas tu .. rupenye salah drebar taknak henti sebab dah terlambat gerak dari kluang last2 aq kena naik bas seterusnya pkul 5.50 ..
yg ni kalau tak henti , aq tahan tengah2 jalan ...
hahahahaha.. akhirnyee pkul 6.00 henti gak ... naik bas je tdo laaa ape lgi .
sampai melaka central dlm kui 8.30 .. aduii mengenangkan insiden ai nii ,, hahah kelakar gak ..
mak ayah call siap nganjeng g ckp "bas ada break tak ??? hahahahaahh ... bley lak mak dgn abh gelak besor ahhaha " first time jd camni  kenangan sey peh ... hahaaha

nampaknyee sebulan aq duk mlaka neyh .. jaga dak kecik si anis farhana dgn aina nabila .. alia nasuha baby lagi so hantar kat nursery ... mak su anadah lame ckp mintak teman dia at umah , suami dia outstation so takpelaa daripada ana tak buat pape kan ....

November 20, 2010

Perempuan mudah ke syurga tapi banyak ke neraka?

Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki. Jika tidak Allah swt tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang di dalam syurga.

Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga 
“Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”.
 (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)



Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: 

“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”
 (Hadis Riwayat Ahmad)


Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.


Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.



Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)” 




Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”




Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan : 

1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
3. tidak akan bergelar seorang suami.
4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
5. tidak teman untuk bergurau senda.



Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.



Perempuan tidak boleh :

1. menjadi wali
2. menjadi rasul atau nabi
3. memberi talak



Tetapi dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.



Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: 

“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”



Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: 

“Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu."



Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah s.a.w bersabda: 

“Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”.

Kedudukan dan kemulian perempuan.





Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa’, ayat 34 yang bermaksud : "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihar diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan".


Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain. Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya.



Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran, ayat 14 yang bermaksud : "Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada perempuan".

  
Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah : 

"Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya".


Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan/pelajaran yang sama dengan kaum lelaki. Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita.


Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan. Mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama. Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum Islam yang merendahkankedudukan wanita. Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita sebagai anak kecil, isteri dan ibu.



Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan perempuan, wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka.



Buat kaum Adam, hormatilah mereka ini. Kitalah yang mencorak mereka, bimbinglah mereka agar kita dan dia selamat dunia akhirat. Insyallah... amin..
.

tentang mNdi WajIb


Hukum mandi Wajib

Mandi wajib ataupun mandi junub adalah diwajibkan ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.
Perkara-perkara Yang Membawa Kepada Mandi Wajib
Seorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :
  • melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
  • jika keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj.
  • Keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)
  • Mati
  • Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.
Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)
“Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”

Rukun Mandi Wajib

Rukun Mandi ada tiga perkara meliputi
  • Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
  • Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
  • Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

]Niat Mandi Wajib

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain "nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta'aalaa" (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)
Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.
Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.

]Cara Mandi Wajib

Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.
Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,
“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”
(HR. Al Bukhari dan Muslim)
Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.
  1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
  2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
  3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
  4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
  5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
  6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
  7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
  8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
  9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
  10. Membasuh kaki.
Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.
Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.
Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

[]Najis Di Badan

Jika ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib iaitu membasuh najis dgn mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua mandi wajib.

[]Keperluan Mengambil Wuduk

Seseorang yang telah mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil wuduk semula untuk mengerjakan solat dengan syarat dia tidak melakukan perkara yang membatalkan wudukselepas dia mengerjakan mandi wajib. Jika terbatal, dia perlu hanya mengambil semula wuduknya sahaja.

[]Sunat-Sunat Mandi Wajib

Pada masa mandi kita disunatkan menghadap kiblat, membaca bismillah, membasuh tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok seluruh badan, tertib dan muwalat, iaitu berturut tanpa putus.
Bagi wanita yang mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath perfume) supaya harum dari bau darahnya.

[]Perkara Berkaitan

[]Melewatkan Mandi Wajib

Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus sebelum mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.
Orang yang melewatkan mandi wajibnya juga tidak membatalkan puasa dan boleh terus berpuasa, dan puasanya tetap sah selagi mana dia tidak membatalkan puasanya.
Seseorang itu boleh melewatkan mandi wajib sebelum solat. Setelah masuk waktu solat, ia wajib mandi sebelum boleh menunaikan solat.

[]Ragu-ragu

Jika seorang yang mengerjakan solat tetapi ragu-ragu apakah sama ada ia sudah mandi wajib atau belum, maka seluruh solat yang telah dikerjakannya (selama itu) adalah sah, dan untuk solat-solat berikutnya ia harus mandi wajib dahulu baru solat nya di anggap sah

[]Dan Jika Tiada Air (Atau Mudarat Tidak Boleh Terkena Air)

Menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu' Fatawa, 21/396) jika terdapat sebab untuk melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau tidak dapat menggunakannya akibat sakit, maka tayammum akan menggantikan wuduk dan mandi wajib. Maka seseorang yang junub hendaklah bertayammum lalu bersolat, kemudian apabila ada air (diperbolehkan menggunakan air untuk yang mduarat), maka hendaklah mandi menghilangkan janabahnya tersebut.
Dariapda Imraan ibn Hussain ra. "bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki yang menjauhkan diri dan tidak bersolat dengan kaumnya, maka baginda berkata : Ya siFulan, apa yang menghalang kamu dari tidak bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya Rasulullah, saya dalam keadaan junub, dan tiada air. Baginda berkata : Kamu hendaklah menggunakan tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu..... di dalam riwayat lain Nabi saw menjumpai air dan memberinya kepada orang yang telah menjadi junub tersebut, dan berkata : pergilah siram ini keatas dirimu." [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].

November 15, 2010

HanGouT wIf My hOuSeMatE 14.11.2010

yesterday is the day ,,, woman day yaarrr .. after magrib ktorg kuar g makan kat dagang .. makan2 makan2 ...
then ktorg g jejalan ,, 2nd place ktorg g kat wangsa walk g karaoke laa .. ape lg ...
beratur punye beratur .. lame toi nak tggu , actually ktorg tggu stnadard room nye tu yg lame .. last2 g ana g amek no baru book yang medium room punye ..
walaupun amek lambat tapi kejap je tggu ,,
bila masuk je room810 tu ,.. alaaa tak delaa sebar mane ,, naseb bek amek medium .. ktorg bertujuh ape lagi capai makrofon , nyanyi sepuas hati .. arly dgn yaa nyayni dulu , yang len mnyusul .. 
tapi paling gempak lagu yang ktorg nyayni lagu gelek dgn tenda biru huhuu
jerit sepuas hati .. sape2 yang ada prob dgn pakwe masing2 haaa apelg ...
pehhh memang hangout terbaik rr 
ever and ever .. kawe takkn lupe sampai bile2 .. thnks ARLY , ECAH , YAA , KECIK , DEEYA , YANA 
next time kta hangout g eaa ... 
pastu ktorg g downtown bandar permaisuri lak .. tapi tak snap pic laa .. takpelaa 
yang pnting ktorg g cari brg ,,
ecah membundle tudung 5 ... ana beli satu je selendang , almaklumlaa banyak dah selendang , kecik plak membeli baju ,... tu je laa .. pastu balek .. penat gler ..
sampai umah kul 2 ... kemas2 kul 3 baru tdo ... 






November 14, 2010

yess merdekaaa

yahhooo bermulanya cuti-cuti jalanku .... yeay exam da  abes ,, senulan lbey nak membesorkan bdn kat umah
, nak g jejalan , nak g nengok wyg , nak mkn , nak jmpe kengkawan , nak bercuti , nak baliikkk kgg , nak shoping , nak ,,,, nnaaakkkkkkkkkkkkk .. sumer nakkk ...
tayunk ku .. kengkawan ku .. jomm kta jejalan ..
petang ni kalo ikutkan nak g jala TAR dgn masjid india .. penat sgt nak kuar lambat cket ,, tup2 skunk ni tgh guruh plus ujan lebat..
yana and deeya dah sleeping dah ... ape lg jalan atas katil je laaa
ttaappii cyunk2 ku 
mlm ni tetap jadi yeaa .. yaa , cepat cket sampai dgn keta , tak sabo nak makan kat dagang ..
hang out dgn korunk sumer sebelom cuti ..
waaaa  serunukk ...

November 13, 2010

costing mood

tmrrow gonna be my last paper for sem5 ..
waaa... so stressful
i wish good luck to all costing candidate uitm 
i will do my best and u all k ......

November 11, 2010

cry

dah lama ana tak mengis mcm nii ... ari ni terlalu cdey , ntahlaa maybe teringt apa yg ana dah buat skrg ..
apa patut ana buat ... diriku kosong tanpa apa2 ..
hari demi hari ana lalui dgn ketenangan tapi tak siapa tau apa yg terpendam di hati kecil ini ..
langkah2 lalu menjadikan langkah kini jadi tak bererti lagi , tapi dimana kemana hilangnya cahaya yg kucari selama ini
ketetapanNya membuat ana semakin tabah hari demi hari
langkah disusun dgn kemas , hdup diatur dgn lancar tapi keikhlasan blom pasti ada tuk sumer jalan hdupku
kadang2 rasa nak lari dari sumer ini .. tapi apakan daya , mgkin satu hari nanti ana akn tinggalkan sumer ini hanya untuk bersujud padaMu .. 
berilah hidayah utkku ... 

November 10, 2010

Iktibar dari Penciptaan Masa



alt
".....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." -  Surah Al Baqarah : 255

November 09, 2010

ape cinta

kadang2 kita terpaksa menyintai sesorg dari kejauhan dan meninggalkan nya di tangan Tuhan
kita mungkin menangis kerna menyintai org yg salah ,namun satu hal yg pasti kesalahan dan kesilapan itu menjadi pengalaman berguna utk  membantu kita mencari org yg tepat.
cinta sejati harus di kedua2 belah pihak .itulah yg membuatnya begitu sukar utk diperolehi.
kdg2 anda perlu lari utk melihat adakah ada seseorg akan mengejar dan memujuk anda kembali-return to me
kdg2 tertawa bukanlaa sesuatu yg dilakukan utk bersenang-senang . kdg2 ia adalah satu pelarian dari memikirkan terlalu byk masalah . 
anda mgkin mempunyai semua hal di dunia, tetapi tanpa cinta , anda sebenarnya tiada apa2 .
jgn membenci org yg membenci kamo. dan maafkan mereka yg xmengerti .
ucapan selanat tinggal tanpa alasan adalah suatu hal yg paling menyakitkan, cinta tanpa sebab adalah suatu yang paling indah.
jika anda mendapati diri anda jatuh cinta, jgn jatuh terlalu cepat . anda mgkin berakhir dgn cinta yang tidak bertahan.
kita harus dpt memaafkan diri sendiri. melepaskan apa yg pahit dan terus maju demi masa depan yang lebih baik
cinta pertama selalu yg paling manis tpi luka pertama selalu yg terdalam
jika sesorg tak dpt terima anda dlm keadaan anda yg terburuk,mereka tidak layak mendapat anda dlm keadaan anda yg terbaik !!!!!
diam kadangkala adalah jawapan yang paling baik
perasaan paling pahit yg terpaksa ditelan adalah duduk disebelah sesorg yang bererti bagi anda dan mengetahui bahawa anda tidak bererti apa2 padanya.
kepahitan akibat mengetahui kebenran jauh lebih baik dari kebahagiaan akibat suatu pembohongan





November 08, 2010

tax punye hal

alhmdulillah .. berakhir sudeh paper taxation 320 ..
dah laa jawab duk bwh econ .. uiihh keras kejong , tapi buat2 cool je 
dahlaa banyak benda nak tulis nak kira nak pkir .. econ punye pasal..
huhhuhu ... 
arrgghhhh tak cukup time nak jwb paper tax ... tambah lagi 10 minit mesti ckup ..
tak sempat nak check .. waaa takotnyee 
tapi enggak papa dong .. papernyaa udah lepas ..
doa2 la penanda tu tanda paper gue dgn  penuh ketengan huuhu
buat penanda kertas gue .. i want A plus plus plus plus plus kk ...
ehehhehe

kENapa PEREMpuaN masIh LAgI siNGle


 “Kenapa perempuan masih lagi single even umur dah meningkat?”. Jadi, di bawah ini merupakan pendapat saya dan tidak sesekali bermaksud ingin membuat seseorang terasa hati dan sebagainya. ;)
Paras rupa 
 Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik!
Penampilan diri 
 Even paras rupa menjadi point utama bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin.
Tutur bahasa dan adab sopan 
 Ni lagi satu pointnya. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Ayu, ayu gitu. Mesti ada yang terpikat nanti. ;))
Tidak yakin pada diri sendiri 
 Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat.
Serik untuk berkapel 
 Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Jangan ingat, anda telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda. Gunakan Tentang Cinta sebagai contohnya. Kongsikan pengalaman anda dan lihatlah, anda bukan seorang di dunia ini. Ada ramai lagi rakan-rakan yang sudi membantu anda. :D
Diharapkan dengan tips-tips di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengetahui bagaimana untuk keluar dari persoalan ini. Dan sekiranya anda mempunyai pendapat yang lain, anda boleh kongsikan bersama kami semua di ruangan komen di bawah. Semoga anda mendapat seorang jejaka yang dapat menyayangi dan menjaga anda sehingga ke hujung hayat. :x

taxation

huhuuu penotnyee belajaoo satu ari ni .. menunggu saat dan detik nak jawab paper esok ..
berdebar dan takot gak ..
cepatler abeh paper ni .. then ada satu lagi paper 
jang ana just nak say GOOD LUCK kat sesape yang amek tax320 esok pagi 
good luck k .. and also nak say thnkss bebanyak kat mdm azwanis yang ajorr tax ni ..
hope dpt amek A tuk paper ni huhuu ceewahhh ..
and dak2 umah yang tolong aja tax ni thnkss a lot to arly , yaa and ecah ,..
anyway GOOD LUCK lg skali k daaaa

November 06, 2010

owl city oo owl city

mlm2 ni jang ana rindu nak dengar lagu owl city .. ana plak suke dengr lagu owl city .. so layan jap
jang ana pling suke vanilla twilight and firefly .. hello seattle pown syok ..
ntah mcm mane jang ana bley suke dengar lagu2 from owl city .. 
awe ooo awe ..lagu vanilla twiligt i dedicate tuk u yee ...
daripada u bosan2 tak buat pape dan melepak2 tu bek u dgr lagu ni heheheh
suke tak suke dengar je laa ea .. tak suke gak dengar sambil pakai kapas hahaha 
eee jahatnyee mlm nii .. nak kenakan awe heheh sory awee ...
saje gurau2 .. 


November 05, 2010

abes seksa...

aaarrrgghhhh law346... baru beberapa minit berlalu exam law ..
thnkss la pada hint yang sememgnyaa setaus peratus sama ... tapi bengang plus geram plus tak tau nak watpe plus tak bley nak pkir ape ... jawab tanpa henti TAPI tak cukup masa nak jawab part c waaaaaa
nak nangess tapi dah lepas ... 
takpeelaa .. doa2 moga2 lepas ...
dahlaa per 400 marks .. waaaaaaa takotnyee tak lepas..
mak mak mak makkkkkkkkk doakan akak eaa .. 
takpee laa pasni ada 2 paper g ... penat dah nak pkir yang bkn2 , dahlaa sem5 skunk 
eee takot laa jadi pape sem ni .. whatever 
malas nak pkir ...
ai ni english department jaga exam ai ni .. 

November 03, 2010

far away

uiisshh gler rr far smlm ..
engkau telah menjadikan hdupku bahgia ler sgt kan 
owh dahlaa NPO mcamm ape ntah ...
time kasih banyk pada uitm membuat soklan yg sgt baek utk stress 
hhhuhuu

stress tak stress ... sebabkan stress , mlm tu g r nengok wayang dgn dak umah kat galaksi ampang ..
nengok cter CUTI CUTI CINTA .. weell bestlaa cter tu ,. tapi jalan cter biase jee ..
gelak tak abes2 dak2 ni nengok , sakit perot rr .....
YAA,DEEYA,ARLY,KECIK,YANA serunukkk ...
gelak sampai dah ilang stress ..
today study law ... isshh lagilaa stress waaaa  arrgghhhhhh ...
relax relax relaxx .....


stairwy to heaven... 
ehh bukan2 ... 
stairway to cinema hhahahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...